Dunia ICT

Mengenali ICT dengan lebih dekat.

Download Soalan ICT

Memuat Turun soalan-soalan ICT disini.

Download Nota-nota ICT

Memuat Turun nota-nota ICT.

Sejarah Komputer

Mari kita berkenalan dengan nenek dan atok komputer

Tip-tip penggunaan Komputer

Untuk anda untuk kamu.. tip2 yang ader dalam fikiran ku

Wednesday 29 February 2012

WEB PERCUMA


Weebly Pendidikan Sempurna untuk Anda dan Pelajar anda

Weebly yang sempurna untuk mewujudkan laman web bilik darjah, pelajar e-portfolio, dan laman web untuk projek-projek yang diberi. Editor laman web drag & drop kami menarik disetiap mudah untuk digunakan, dan sesuai untuk kegunaan pelajar semua peringkat umur. Weebly membolehkan pelajar anda untuk menyatakan diri mereka secara kreatif menggunakan pelbagai ciri-ciri multimedia, semua dalam persekitaran yang dilindungi yang anda mengawal. Weebly telah dinamakan sebagai salah satu daripada 50 TIME Laman Web Terbaik tahun, dan di sini sebab:
  • Laman Web Editor mudah, Drag & Drop
Kelebihan teras kami adalah seretan kami menarik disetiap mudah & drop editor laman web. Video, gambar, peta, dan teks ditambah dengan hanya mengheret mereka ke laman web anda. Kita suka apabila pelanggan baru yang amat terkejut pada berapa jelas dan ia adalah untuk membina laman web dengan Weebly - tiada kemahiran HTML atau teknikal yang diperlukan!

  • Pengurusan, Alam Sekitar dan Perlindungan untuk Pelajar Anda
Dengan Weebly, kata laluan anda boleh melindungi semua laman web pelajar andadengan satu klik. Kami memahami bahawa privasi adalah amat penting untuk guru, pelajar,dan ibu bapa. Anda mempunyai kawalan penuh di mana laman web awam, swasta, danyang boleh disunting oleh pelajar. Ianya mudah sebahagian besar mencipta akaun pelajarbaru dan menyelia aktiviti pelajar anda.

dan banyak lagi cuma klik disini

BOX UNTUK ANDROID

Nampaknya, jikalau sebelum ini kita hanya melihat perang dikalangan pembangun pelayar web dan sebagainya, kini pada tahun ini, ia dimulakan dengan persaingan dari segi storan dan perkomputeran awan. Dengan Microsoft yang mula mempromosikan SkyDrive secara drastik melalui Windows 8, dan Google yang diperkatakan akan memperkenalkan Google Drive, kini Box.net memberikan ruangan storan tambahan secara percuma untuk pengguna mereka.

Bermula daripada hari ini, Box.net memberikan ruangan tambahan sehingga 50GB secara percuma apabila para pengguna mendaftar akaun atau log masuk ke akaun mereka melalui aplikasi Android yang disediakan. Perkara ini bakal menguntungkan pengguna yang menggunakan Box.net dan mempunyai peranti Android, memandangkan sebelum ini, ia hanya menawarkan sebanyak 5GB secara percuma.

Pada masa yang sama, pengguna juga boleh memuat-naik dokumen bersaiz setiap satu sehingga 100MB pada mereka, samada gambar, fail, dan sebagainya, serta mengakses melalui aplikasi Android mereka dimana sahaja mereka berada.

Jadi, sekiranya anda merupakan pengguna Box.net, dan ingin mendapatkan ruangan storan tambahan percuma sehingga 50GB, mungkin boleh dapatkannya hari ini, dengan memuat-turun aplikasi Android percuma daripada Android Market.

SUMBER : http://amanz.my

Tuesday 28 February 2012

KELUARGA DDR YANG BARU

Selain daripada perkakasan untuk telefon bimbit yang berkembang pantas, perkakasan dan peralatan untuk komputer turut sama tidak ketinggalan, dimana selain daripada cip pemprosesan, kini memori RAM DDR4 telah pun diperlihatkan, dan akan memasuki fasa pengeluaran, dan akan sedia untuk pengguna desktop menjelang 2014, manakala untuk penggunaan pada pelayan pada tahun 2013 kelak.

Buat masa ini, beberapa syarikat telah pun mula memperlihatkan demonstrasi DDR4 mereka, dimana antaranya adalah Hynix dan juga Samsung. Hynix memperlihatkan cip DDR4 berfungsi pada 2400MHz (2400Mb/s) dan menggunakan tenaga sebanyak 1.2V serta didatangkan dengan input dan output sokongan 64-bit. Samsung pula menggunakan tenaga yang lebih kurang sama, dengan frekuensi sekitar 2133MHz (2133Mb/s).

Dan seperti semua sedia ketahui, ia akan membawakan bentuk pin yang berbeza untuk DDR4, sama seperti versi sebelum ini. DDR4 juga kelak akan membawakan kepantasan yang lebih tinggi dan juga penggunaan tenaga yang lebih rendah, iaitu sehingga 40% berbanding DDR3.

Monday 27 February 2012

CARI LOKASI PASAR MALAM

Pasar Malam merupakan salah satu tempat yang sering menjadi kunjungan ramai setiap minggu, tanpa mengira lokasi, diseluruh Malaysia. Ia menjadi salah satu lokasi dimana rakyat Malaysia mendapatkan makanan dan sebagainya pada kadar harga yang menarik. Dan untuk memudahkan anda mengetahui pasar malam berdekatan dengan lokasi anda, sebuah aplikasi ringkas diperkenalkan, iaitu NightMarkets Malaysia.

Buat masa ini, ianya hanya ditawarkan kepada para pengguna platform iOS sahaja, tanpa mengetahui sebarang info berkaitan adakah ianya akan dilancarkan kepada para pengguna platform lain ataupun tidak. Melalui aplikasi tersebut, ia menyenaraikan lokasi-lokasi pasar malam di seluruh Malaysia, dimana disusun mengikut negeri, lokasi dan juga hari. Anda juga boleh melihat pasar malam berdekatan anda melalui sokongan geolokasi yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Jadi, bagi para pengguna iOS yang amat meminati untuk berkunjung ke pasar malam, mungkin ianya merupakan salah satu aplikasi yang penting untuk anda, dan boleh dimuat-turun secara percuma daripada AppStore hari ini.

SUMBER : http://amanz.my

Tuesday 21 February 2012

MOO untuk facebook

Pada minggu lepas, Moo dan juga Facebook telah menawarkan kad nama bercetak secara percuma kepada semua, menggunakan gambar Facebook Timeline dan beberapa maklumat daripada Facebook. Kini, tawaran tersebut kembali semula, membolehkan anda mendapatkannya secara percuma, tanpa sebarang kos.

Melaluinya, ia menggunakan gambar Facebook Cover anda, selain menarik data dan beberapa maklumat daripada akaun Facebook, dan kemudiannya di cetak untuk anda tanpa sebarang kos. Penghantaran juga dilakukan tanpa sebarang caj, membolehkan anda mendapatkannya secara percuma sepenuhnya.

Melalui tawaran yang diberikan, Moo menawarkan 50 kad bercetak secara percuma, dengan penghantaran global percuma mengikut pos biasa. Anda juga boleh mencetak imej berbeza pada setiap kad, dan beberapa pilihan tambahan, semestinya pada kos tambahan.

Bagi yang berminat, mungkin anda boleh layari laman Moo hari ini, dan mencetak kad nama Facebook anda secara percuma.

sumber daripada : http://amanz.my

Monday 20 February 2012

iBooks 2

Bersama-sama dengan pelancaran iBooks 2 yang memfokuskan kepada buku teks digital, Apple turut sama mengumumkan adalah aplikasi dan perisian khas untuk para pengguna OS X yang membolehkan buku teks digital dibangunkan dan diterbitkan terus pada iBooks dengan pantas, iaitu melalui aplikasi iBooks Author.

Melalui aplikasi percuma, yang dibangunkan oleh Apple sendiri, ia membolehkan sesiapa sahaj boleh membangunkan sebarang jenis buku, samaada buku sejarah, buku masakan, mahupun buku teks untuk dibaca pada iPad.

Untuk memudahkan lagi, Apple sendiri sedia menyediakan beberapa rekabentuk sedia ada untuk digunakan oleh para penulis. Para penulis yang berminat, hanya perlu menambah teks mereka, serta boleh menambah imej dengan menggunakan fungsi tarik-dan-lepas, selain turut menyertakan pelbagai media interaktif seperti video, objek 3D dan lain-lain.

Selain daripada memudahkan pembuatan buku teks dan rujukan dengan senang, Apple juga turut sama membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan buku, tanpa perlu melalui pelbagai proses sukar untuk menghantar kepada syarikat penerbitan dan sebagainya.

Bagi para pengguna OS X versi 10.7.2, anda boleh memuat-turun iBooks Author secara percuma terus daripada Mac AppStore hari ini, dan memulakan penghasilan buku dan kandungan interaktif anda serta-merta.

sumber daripada : http://amanz.my/2012/01/ibooks-author/

Sunday 19 February 2012

Teknologi AMD

Selain daripada Intel, syarikat pembangun cip pemprosesan terkemuka dunia adalah AMD yang banyak dioptimasikan kuasa pemprosesan kedua-dua CPU dan juga GPU padanya. Dan kini, perancangan AMD untuk tahun 2012 sehingga awal 2013 mula diperlihatkan, menunjukkan apakah yang bakal mereka bawakan dalam industri perkomputeran dunia.

Daripada keluarga yang diperlihatkan, Brazos 2.0 akan menjadi terawal yang dilancarkan, membawakan APU dengan sasaran pengguna desktop dan notebook biasa. Brazos 2.0 juga turut diperkatakan akan membawakan prestasi pemprosesan dan grafik yang tinggi, disamping menggunakan tenaga yang rendah, memberikan masa beroperasi menggunakan bateri yang lebih lama.

Trinity pula akan menyusul selepas itu, memfokuskan kepada keluarga notebook dengan kuasa rendah (ultra-low power), dan mensasarkan komputer riba bersaiz nipis (ultrabook). Mungkin juga kita akan dapat melihat pelbagai komputer riba bersaiz nipis dengan menggunakan cip pemprosesan AMD berada di pasaran dalam masa beberapa bulan lagi.

Selepas Brazos 2.0 dan juga Trinity, Hondo bakal muncul, dengan pada masa yang sama turut bakal memasuki pasaran, dan diikuti beberapa kemaskini keluarga lain sepanjang 2013. Pada masa yang sama, ianya sesuatu yang menarik melihat AMD memberikan perhatian kepada perkomputeran mudah-alih, terutamanya tablet.

Daripadanya, dapat dilihat yang mana AMD turut sama memfokuskan kepada perkomputeran dengan penggunaan tenaga rendah, yang mana mula mendapat perhatian akhir-akhir ini. Sepanjang tahun juga, mereka turut sama akan bergerak membangunkan secara berperingkat untuk menggunakan pemprosesan 28nm pada APU dan GPU mereka.

Saturday 18 February 2012

Ubuntu HUD

Ubuntu versi akan datang bakal dilancarkan pada bulan April kelak, dan dikenali sebagai Ubuntu 12.04 (Precise Pangolin), dan semestinya ramai yang menantikan apakah yang bakal dibawakan olehnya. Dan sebagai memberikan idea awal, Mark Shuttleworth melalui blog beliau telah pun mengumumkan salah satu fungsi baru padanya, dinamakan sebagai HUD (Head-Up Display).

HUD ini kelak akan mengantikan menu lama yang digunakan pada Ubuntu, sekaligus memudahkan akses oleh para pengguna kepada pelbagai perkara, selain turut mengawal aplikasi terus melaluinya.

Menurut Mark Shuttleworth, HUD telah dibangunkan selama 18 bulan, yang mana akan merevolusikan dunia perkomputeran sepenuhnya. Mungkin ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa Ubuntu memperkenalkan dan menggunakan antaramuka Unity.

Melalui demo ringkas yang diperlihatkan, melalui HUD, para pengguna boleh dengan pantas mengawal dan membuat pelbagai tugasan dengan hanya menaip sahaja. Sebagai contoh, ketika melayari laman web menggunakan pelayar, anda boleh hanya menaip ingin bookmark ataupun sebagainya, dan ianya akan dilakukan secara automatik.

Walaupun ia kelihatan sedikit jangal pada hari ini, mungkin ianya akan relevan pada masa akan datang. Jadi, adakah anda gemarkan HUD?

Friday 17 February 2012

Comice OS 4

Ingatkah lagi dengan Pear OS Linux sebelum ini, yang mana membawakan antaramuka menyerupai OS X daripada Apple? Kini, versi terbarunya telah pun diperkenalkan, dimana selain daripada beberapa perubahan padanya, ia turut sama membawakan penjenamaan semula. Kini, ia dikenali sebagai Comice OS 4, dan menggunakan antaramuka GNOME 3 untuk sistem operasinya.

Selain daripada pelbagai aplikasi asas seperti mana terdapat pada sistem operasi Linux yang lain, ia menyertakan Comice Shell yang membawakan rekabentuk antaramuka menyerupai sistem operasi OS X, serta pada masa yang sama, turut membawakan Pear AppStore untuk memudahkan para pengguna memuat-turun aplikasi untuk sistem operasi mereka.

Comice OS juga turut dijana menggunakan kernel 3.2, dan menyokong sokongan grafik nVidia, ATI dan sebagainya. Buat masa ini, Comice OS 4 hanya didatangkan dalam bentuk 64-bit sahaja, dimana mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma, dan menggunakannya pada komputer mereka hari ini.

Thursday 16 February 2012

Kawal Aplikasi Yang Mengakses Akaun Facebook

Dengan pelbagai aplikasi web yang menggunakan pendaftaran melalui akaun sedia ada, seperti Facebook, Twitter, Google dan sebagainya, ia mungkin agak sukar untuk anda mengetahui apakah aplikasi-aplikasi yang telah diberikan akses oleh anda. Untuk memudahkan anda mengakses semua tetapan profil anda, sebuah laman khas, MyPermissions disediakan, yang menyediakan pautan kepada semua halaman tetapan akaun anda.

Antara akaun-akaun yang popular digunakan biasanya adalah termasuk Facebook, Twitter dan juga Google, selain pelbagai akaun lain. Melalui halaman tersebut, ia menyediakan pautan terus kehalaman tetapan penggunaan aplikasi pihak ketiga, sekaligus memudahkan anda mengawal tahap privasi anda dengan mudah.

Dengan mengakses halaman tetapan pada setiap akaun anda, anda boleh mengawal setiap aplikasi yang mengakses info-info anda, sekaligus menjadikan tahap privasi anda atas talian lebih terkawal.

Jadi, bagi anda yang sering mendaftar menggunakan Facebook Connect, oAuth dan sebagainya, mungkin anda boleh mengemaskini profil anda, terutamanya untuk akaun Google, Facebook dan juga Twitter.

informasi daripada : http://amanz.my

Thursday 9 February 2012

APA ITU DDR1, DDR2 dan DDR3


Kebanyakan pengguna komputer melakukan beberapa penyelidikan sebelum menaik tarafsistem mereka supaya mereka tahu tentang kombinasi kad yang sempurna serta berpadanan CPU,papan induk dan video yang akan memenuhi semua keperluan mereka. Tetapi kebanyakan mereka gagal apabila untuk menentukan penggunaan RAM. Mereka hanya tahu saiz RAM iaitu 1GB,2GB atau 4GB, tetapi mereka tidak tahu apa ini DDR1, DDR2 atau DDR3 yang ada pada pasaran masa kini.

DDR1
DDR-DIM (Double Data Rate DIMM atau DDR DIMM), atau yang paling popular sekadar DDR. Data double antara muka Kadar menyediakan dua pemindahan data setiap jam pembeza. Data menjadi didaftarkan apabila CK pergi tinggi [yang + sampingan], dan / CK menjadi rendah [sebelah]. DDR1 menggunakan standard JEDEC yang Double Kadar Tarikh [DDR I] SDRAM. Seperti semua RAM DDR ia boleh didapati berdaftar atau un-buffered. DIMMs berdaftar secara amnya dikenali sebagai FB-DIMMs dan telah alamat dan talian kawalan buffered untuk mengurangkan beban isyarat. FB-DIMMs adalah jauh lebih mahal daripada un-buffered DIMMs dan secara amnya dikhaskan untuk kegunaan pelayan. Terdapat beberapa peminat / prosumer / gamer menggunakan FB-DIMMs dalam CPU mereka. Un-buffered DIMMs tidak menampilkan talian alamat dan kawalan buffering garis, jadi mereka Kos agak sedikit kurang. Walau bagaimanapun, mereka mungkin muatan sistem terhad dan itu umumnya dihadkan dalam bilangan yang boleh dipasang ke dalam satu sistem. Anda akan mendapati bahawa DIMMs paling un-buffered hari ini hanya boleh dipasang pada satu motherboard kepada maksimum 4 x 1GB. Buffered atau didaftarkan DIMMs tidak mempunyai batasan ini dan papan pelayan boleh menampung 8 x 1GB, 16 x 1GB atau lebih. Satu aspek yang menarik dan sebahagian besarnya tidak diketahui un-buffered DDR DIMMs bahawa mereka mampu untuk mengendalikan satu kitar jam lebih cepat kemudian FB-DIMMs.

DD2
Memori DDR2 adalah generasi kedua dalam memori DDR. DDR2 bermula dengan tahap kelajuan 400MHz sebagai terendah yang disediakan manakala kelajuan 400MHz adalah sebenarnya kelajuan tertinggi untuk DDR1. Oleh itu, DDR2 mengambil mana DDR1 meninggalkan. Ia agak pelik tetapi disebabkan kepada latencies berbeza DDR1 400MHz akan mengatasi DDR2 400MHz, tetapi kelebihan kembali kepada DDR2 secepat kelajuan mencapai 532MHz langkah seterusnya, yang DDR1 tidak boleh mencapai

DD3
DDR3 adalah generasi ketiga dalam memori DDR. DDR3 bermula dengan tahap kapasiti paling rendah daripada 800Mbps dan naik 1600Mbps dengan kelajuan bas setinggi sebagai 2000MHz. Prestasi yang lebih tinggi dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah adalah faedah utama, sejak beroperasi voltan hanya 1.5V untuk DDR3 berbanding 1.8V untuk DDR2. Api yang kecil dihasilkan, yang bermaksud bahawa sistem akan berjalan lebih sejuk. Akhirnya teknologi baru akan menyebabkan modul kapasiti yang lebih tinggi: Sehingga 8GB modul (Menggunakan Cip 4GB) untuk membantu kos yang lebih rendah sistem pelayan / workstation

Cari Mana Yang sama

Kita sering kali membuat dua, tiga atau lebih fail tanpa disedari. Dengan adanya perisian ini, anda boleh membuang fail yang mempunyai dua salinan tersebut.

Easy Duplicate File Finder juga digunakan untuk:
• Mencari file yang mempunyai nama dan saiz file yang sama
• Melindungi fail sistem dan folder
• Antara muka yang mudah difahami pengguna
• Menyokong file dalam bahasa Cina, bahasa Jepun

1.Setelah perisian ini di buka, interface di bawah akan muncul.
Cara menggunakan Easy Duplicate File Finder
Easy Duplicate Finder

2. Setelah itu, pilih semua partition yang terdapat dalam komputer anda.
Easy Duplicate Finder

3. Kemudian Tekan butang start
4. Setelah siap di semak, info di bawah akan muncul

Easy Duplicate Finder

5. Anda boleh susun mengikut saiz fail dan pilih dari mana-mana fail untuk di buang. Asalkan jangan tanda semua sudahlah nanti semua fail dibuang. Hati-hati yer. shock
Easy Duplicate Finder

Klik sini untuk download

sumber daripada : http://itinfo.uthm.edu.my/arkib/easy-duplicate-finder

Wednesday 8 February 2012

LIHAT APA YANG ADA

Bagaimana jika anda ingin tahu saiz data yang terdapat dalam partition anda tanpa perlu menggunakan properties? Kini dengan perisian Tree size free ada bagi membantu anda dengan lebih efisyen lagi. Dengan perisian ini, anda bukan sahaja boleh tahu kandungan data dalam Mb, malah anda boleh mengetahuinya dalam unit Kb dan anda boleh tahu bahagian manakah yang memakan space bagi partition anda.

Folder Tree

Klik sini untuk download

sumber diambil daripada : http://itinfo.uthm.edu.my/arkib/tree-size-free

Tuesday 7 February 2012

Hard Disk Hilang

Hidden Hard Disk
(Hard disk tiada), (Hard disk hillang)
Memang pening kepala jika semua hard disk dalam My Computer anda tidak dijumpai. Namun Windows boleh berfungsi seperti biasa. Ini disebabkan kerana kesan virus itu sendiri. Namun kami ada penyelesaiannya.

Bagi pengguna Windows XP Pro

1. Buka start menu..

2. Kemudian pilih run pada start menu tersebut dan tekan enter.

3. Setelah itu, taipkan gpedit.msc pada ruangan tersebut dan tekan ok.
Gpedit.msc

4. Pada bahagian kiri paparan tersebut, pilih User Configuration, Administrative Templates, Windows Components, dan Windows Explorer.
User Configuration

5. Kemudian pilih menu sebelah kanan yang tertulis
Hide these Specified drives in My Computer
Windows Explorer Context Menu

6. Pilih Disabled dan Klik OK.
No Disk 5

Bagi pengguna Windows XP Home

anda perlu lakukan seperti ini

sila copy dan paste dalam Run

Registry No Disk

REG DELETE HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer /v NoDrives /f

dan

REG DELETE HKLM\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer /v NoDrives /f

Kemudian tekan OK.

informasi di ambil daripada : http://itinfo.uthm.edu.my/arkib/hard-disk-tersembunyi

Monday 6 February 2012

LINDUNGI JEJAK ANDA


Lindungi jejak anda di internet

Terdapat pelbagai cara untuk menetapkan ciri keselamatan ketika menggunakan internet seperti mengenkrip e-mel, menutup perkongsian fail dan memasang firewall. Kesemua ini boleh mengagalkan sebarang percubaan untuk menyeludup masuk ke maklumat peribadi anda menerusi internet. Biasanya penceroboh melakukannya untuk cuba mendapatkan capaian lain kepada komputer yang dirangkaikan kepada anda. Anda boleh membuang sebarang pelayaran web anda bagi menyusahkan orang lain mengetahui di mana anda pernah pergi dalam internet.

Anda boleh sembunyikan PC anda dan anda juga tidak mahu orang lain mengetahui kepada anda pernah berlayar dalam internet. Sebabnya ialah untuk mengelakkan rahsia anda terbongkar contohnya rancangan percutian bersama keluarga. Atau anda juga sedang menyimpan maklumat penting syarikat yang ditugaskan kepada anda.

Berikut adalah beberapa petua untuk Internet Explorer 5.5, anda akan dapati beberapa persamaan dengan Netscape, Opera, atau versi IE yang lain. Tetapi pelayaran ini tidak boleh mengelakkan anda daripada dikesan oleh ISP anda seperti Jaring atau TMNet.

Jangan senarai diri anda

Setelah anda melayari internet anda dan jika anda akan meninggalkan PC anda buat sementara pastikan yang anda telah memutuskan pelayar web anda dengan sejarah pelayaran anda tadi. Senarai History IE adalah senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Ia merupakan satu kaedah mudah untuk mendapatkan semula laman web yang pernah anda lawati tanpa menggunakan Favorites. Anda boleh mendapatkan laman-laman yang anda lawati sebelum ini menerusi Address Bar dan History akan menyenaraikan URL yang pernah anda lawati.

Fail History merupakan sebuah senjata serampang dua mata. Klik Tools, Internet Options, dan Clear History untuk membuangkan segala senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Cara ini juga akan membuang senarai URL pada Address Bar. Anda boleh menukar jumlah hari atau jangkamasa URL boleh disimpan dalam History. Kurangkan jumlah hari untuk memendekkan jangka hayat URL dan tingkatkan jumlah hari untuk memanjangkan jangka hayat URL.

Jika anda mahu membaca fail History, klik Start, Find dan Files Or Folders. Taipkan History dalam medan Named. Dalam Look In, klik Local Hard Drives. Klik Find Now. Anda akan dapat mencari fail History file dalam C:WINDOWSHISTORY. Membuang bahagian tertentu dalam folder ini idak akan membuangkan sebarang maklumat yang terdapat pada Address Bar.

Satu lagi cara yang baik ialah untuk membuangkan cache IE atau fail Temporary Internet. IE dan pelayar web lain akan menyimpan salinan laman, foto dan grafik dalam folder berikut C:WINDOWSTEMPORARY INTERNET FILES semasa anda layari web. Jika anda tidak ia akan menyalin semua kandungan laman-laman web yang pernah anda kunjungi atau setiap kali anda kunjungi. Pada Internet Options General tab, klik Delete Files dan OK.

Bersihkan jejak anda

Kebanyakan laman web meletakkan fail kecil yang dinamakan cookies ke dalam PC anda. Cookies biasanya membantu laman web untuk mengingati anda dan sebarang spesifikasi peribadi anda semasa anda melayari laman web tertentu. Sesiapa sahaja boleh mencari sebarang maklumat atau sejarah pelayaran web anda jika mereka pergi ke C:WINDOWSCOOKIES atau C:WINDOWSTEMPORARY INTERNET FILES.

Anda boleh membuang sebarang cookies daripada folder anda satu-persatu. Cara yang mudah adalah untuk menutup ruang untuk cookies semasa anda melayari web. Pada Internet Options, pilih Security dan Custom Level, pergi ke Cookies dan klik Disable pada semua yang berkaitan dengan cookies.

Petua-petua ini adalah untuk pengguna di rumah sahaja. Jika anda menggunakan komputer di pejabat pastikan yang rangkaian anda telah mempunyai polisi rangkaian yang baik. Kini dengan pelbagai ancaman daripada dunia luar seperti internet, syarikat hendaklah pastikan bahawa rangkaian mereka selamat dan tidak bervirus!"

Sumber: http://www.lelangau.org

Sunday 5 February 2012

TUNGGU DULU


Peringatan semasa ingin berhenti menggunakan komputer.

Pastikan anda menghentikan komputer anda secara betul. Jika anda menggunakan sistem pengendalian DOS/ Keluarga Windows(98/2000/XP/VISTA/7) dari Microsoft anda dinasihatkan semua fail-fail yang dikemaskini di simpan secara kekal. Pastikan anda keluar dari windows dahulu sebelum menutup suis komputer. Ini menghindarkan dari berlaku peristiwa komputer kehilangan rekod dimana fail-fail disimpan kerana komputer dihentikan sebelum komputer anda dapat menyimpan maklumat-maklumat fail yang ditukar atau yang baru.

Sebelum membuka suis komputer pastikan tiada disket cekera liut pada pemacu disket melainkan sememangnya anda ingin memulakan komputer menggunakan arahan dari disket berkenaan. Peringatan ini perlu kerana kebanyak virus jenis boot yang mungkin telah bertapak pada disket akan masuk ke komputer dan menjangkiti sektor boot dicekera keras pula. Jika terpaksa menutup komputer secara tiba-tiba kerana menjadi tidak bergerak ('hang') maka pastikan anda membiarkan ia dalam suasana off kira-kira 1 minute atau paling kurang 10 saat supaya segala daya ingatan pada komputer itu sudah hilang ('demagnetised'). Ia juga memastikan cekera keras berhenti berpusing sebelum memulakanya semua supaya ia tidak cepat rosak.

Saturday 4 February 2012

NAK LETAK KAT MANA


Persekitaran Menempatkan Komputer

Pastikan komputer diletakkan didalam bilik yang mempunyai pengedaran udara yang baik dan tidak terlalu panas. Bilik yang mempunyai pendingin udara adalah digalakkan tetapi bukan satu kemestian. Komputer boleh beroperasi dalam suhu antara 10 darjah Celsius ke 40 darjah Celsius. Terdapat juga komponen-komponen komputer yang mempunyai kipas sendiri seperti pemposes utama dan pembekal kuasa. Pengedaran udara yang baik sangat penting kerana haba dari komputer perlu beredar dan bercampur dengan udara lain supaya kepanasannya berkurangan. Komputer-komputer perlu ditempatkan ditempat yang tidak begitu sesak yang memungkinkan ia dilanggar atau terhentak. Ini kerana kebanyakkan komponen komputer adalah mudah pecah atau rosak jika terkena hentakan. Habuk juga boleh mengganggu operasi komputer terutama komponen seperti tetikus, papan kekunci dan juga papan induk komputer itu sendiri dimana habuk mungkin bertindak sebagai konduktor untuk mengalirkan aliran elektrik ke sirkit yang salah dan menyebabkan operasi komputer menjadi bercelaru. Jika komputer didtempatkan di kawasan dimana terdapat gangguan kuasa elektrik seperti voltan bekalan terlebih atau terkurang maka anda perlu menghubungkan komputer dengan alat penstabil voltan. Bagi komputer jenis pelayan yang mana ia digunakan memproses transaksi kemaskini yang banyak maka sebuah alat pembekal kuasa tanpa henti ('uninterruptable power supply (UPS)' adalah diperlukan. Perkakas ini memasti ia dapat beroperasi sehingga bersedia untuk diberhentikan walaupun semasa terputus bekalan elektrik.

Bagi menjaga kesihatan pengguna komputer adalah penting perabot yang digunakan adalah ergonomik. Layar paparan perlulah pada paras mata supaya tidak perlu mendongak untuk membaca paparan. Papan kekunci seeloknya pada paras siku dan sebahagian tapak tangan dapat diletakkan keatas meja papan kekunci atau meja supaya mengelak dari kepenatan atau kecederaan.

Friday 3 February 2012

APA YANG TERJADI



Apa terjadi bila suiz komputer ditekan
  1. Komputer akan melaksanakan penyemakan sama ada komponen utama beroperasi
    • CPU
    • sirkit computer
    • memori pada kad paparan dan signal video(anda kemudiannya akan dapat melihat paparan tulisan di monitor anda)
    • memori
    • papan kekunci, adakah kekunci ditekan?
    • cekera
    • memulakan proses memanggil sistem pengoperasian - proses boot dengan menyemak pada arahan pada ROM BIOS
  2. Proses boot
    • menyemak sama ada cekera liut digunakan
    • mencari fail sistem
    • memproses rekod boot
    • memproses fail tersembunyi io.sys
    • memproses fail tersembunyi msdos.sys
    • melaksanakan arahan dalam fail config.sys dimana device drivers di masukkan ke memori
    • memasukkan fail command.com kedalam memori
    • melaksanakan arahan dalam fail autoexec.bat
  3. PC sedia untuk digunakan

Thursday 2 February 2012

JOM SHARING FILE

Hari ini saya baru belajar sesuatu yang baru iaitu mengenai BOX.NET. Laman ini menyediakan ruangan yang percuma untuk penyimpanan data yang boleh di capai dengan kadar yang cepat. Teras perkhidmatan adalah berasaskan perkongsi, bekerjasama, dan bekerja dengan fail-fail yang dimuat naik ke dalam ruangan yang telah disediakan. Keselamatan menawarkan 3 jenis akaun: Enterprise, Perniagaan dan Peribadi. Ruangan ini mempunyai beberapa ciri-ciri seperti storan tanpa had, penjenamaan adat, kawalan pentadbiran dan integrasi pihak ke-3 dengan aplikasi seperti Google apps, Gmail,. NetSuite dan Salesforce. Perkhidmatan ini juga mempunyai pelbagai ciri-ciri sosial. Untuk mendapat maklumat yang lebih mengenai laman ini sila klik disini.

Untuk melihat contoh sila lihat pada link tab atas video BoBoi itu...

XP INSTALLATION


Before You Proceed With The Installation

Backup your important data before you begin this process! (If you have multiple partitions on your hard drive, data on partitions other than the system partition “except C drive” will not be affected with the following steps, but a backup is still recommended to be on the safe side). You will also have to re install all the softwares you were using in your previous XP.

Step 1 : Prepare The Boot Sequence

Insert the windows XP cd in your cdrom and than go to the BIOS by hitting “DEL” or “F12″ when your system in powering on. Go to Boot order and make sure cdrom is on the first place.
Save settings and restart your computer.
Once you have successfully booted from the CD, you will see the Windows XP “Welcome to Setup” screen. Press ENTER to begin the setup process.

Step 2: Accept the license agreement

When you see the Windows XP license agreement press F8 to accept it and proceed.

Step 3: Searching for Previous Versions of Windows XP

Setup will search for existing Windows installations. You will see the next “repair or install fresh copy” screen appear only if a Windows installation currently exists on your machine. If you’re installing on a brand-new hard drive, skip to Step 5.

Step 4:Continue Installing a Fresh Copy

Press ESC. You will be given a list of partitions available on your hard drive.

Step 5: Partitions

If there are multiple partitions on your hard drive, or you have multiple hard drives in the computer, use the UP or DOWN arrow keys to choose your install partition. Please note that your system partition needs to be a primary partition (usually the first partition that shows up in the list), not a logical partition.
The partition should be at least 10 GB in size. Make sure that all the data you need from this partition is copied elsewhere, because it will be deleted.
Once you have selected the right partition selected, press ENTER. You will see the next “you already have a system installed” screen only if you already have Windows installed on this partition. If you are installing on a brand-new hard drive, skip to Step 7.

Step 6: Continue Installing On The Selected Drive

Press C to continue. You will be given a list of install options
/

Step 7: Format The Selected Partition

Select the option to “Format the partition using the NTFS file system (quick) and press ENTER.You will receive a warning about formatting the drive unless the drive is brand-new.

Step 8: Continue With The Format

Press F to continue formatting selected partition. If you still haven’t backed up, this is the last change to backup your important data, after this step you will not to able to go back and restore your data.

Step 9: Copying Files

After the format setup will automatically copy files and restart your computer. Go to BIOS and remove cdrom from first boot device. Start your computer.
/

Step 10: Automatic Installation After Restart

Setup will continue to install after the restart. it will ask you for the product key and user name etc. Fill the forms yourself.

After The Installation

Install the missing drivers because windows XP will install a limited set of drivers,you’ll have to find the rest. To see which drivers you’re missing, go to the Control Panel > System > Hardware tab > Device Manager. Things next to a Yellow exclamation is a missing driver. You’ll need to reinstall these drivers from a system CD that came with your computer or download them from the manufacture’s website.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More