Dunia ICT

Mengenali ICT dengan lebih dekat.

Download Soalan ICT

Memuat Turun soalan-soalan ICT disini.

Download Nota-nota ICT

Memuat Turun nota-nota ICT.

Sejarah Komputer

Mari kita berkenalan dengan nenek dan atok komputer

Tip-tip penggunaan Komputer

Untuk anda untuk kamu.. tip2 yang ader dalam fikiran ku

Showing posts with label Info Komputer. Show all posts
Showing posts with label Info Komputer. Show all posts

Tuesday, 22 May 2012

MUDAH LAGI MUDAH


Sedikit demi sedikit teknologi yang diperlihatkan pada filem kini semakin menjadi realiti, dan kini sebuah perkara baru diperlihatkan, dinamakan sebagai Leap, membolehkan anda mengawal skrin dengan hanya menggunakan gerakan, tanpa perlu menyentuhnya.

Perkara ini dijayakan dengan sokongan peranti tambahan untuk merakamkan gerakan tangan pengguna. Bagi yang biasa menggunakan Kinect daripada Microsoft, mungkin biasa dengan perkara ini. Namun, berbeza dengan Kinect yang merakamkan aktiviti seluruh badan, Leap ini hanya merakamkan aktiviti dan gerakan tangan, dan aplikasikannya pada skrin.

Melalui video demo yang dipertontonkan pihak mereka, Leap bukan sahaja boleh digunakan dalam mengawal pelbagai aplikasi, malah turut sama boleh digunakan dalam mengawal permainan, dan turut boleh mengesan peralatan tambahan yang digunakan seperti chopstick dan sebagainya.

Leap bakal dijual tidak lama lagi pada harga cuma $69.99. Namun, ia masih tidak diketahui sama ada ia menyokong penghantaran ke Malaysia ataupun tidak.

info : http://amanz.my

Tuesday, 15 May 2012

Virus OS X


Salah satu masalah serius yang dihadapi oleh Apple akhir-akhir ini adalah masalah malwareyang menyerang OS X. Dengan pihak Kaspersky yang sebelum ini mengatakan OS X amat mudah untuk diserang malware, kini ia turut dilaporkan, Apple telah menjemput pihak Kaspersky untuk mempertingkatkan sekuriti untuk mereka.
Pada tahun ini sahaja, OS X milik Apple telah diserang oleh beberapa malware, dan ia turut memperlihatkan masa yang diambil oleh Apple untuk mengatasinya adalah agak perlahan berbanding pesaing mereka, Microsoft melalui sistem operasi Windows.
Selain daripada itu, pihak Kaspersky turut sama mengatakan dimana pada masa akan datang, iOS akan turut menjadi salah satu sasaran. Namun, dengan kawalan aplikasi oleh pihak Apple mungkin ia akan menjadi agak sukar untuk diserang, berbanding Android yang kelihatan diserang dengan pelbagai malware melalui aplikasi-aplikasi tipu akhir-akhir ini.

Tuesday, 8 May 2012

Google Drive

Google drive adalah storan maya yang bersamaan dengan Icloud(apple os). Ia menyediakan 5GB secara percuma dan penambahan seterusnya dikenakan bayaran. kebaiakan google drive ini anda boleh menyimpan data anda secara terus daripada komputer anda. Ia boleh dicapai oleh mana peranti dan boleh edit,delete dan sebagainya. Keterangan lanjut anda boleh melayari laman sesawangnya.

Monday, 19 March 2012

JADIKAN PENDRIVE ANDA BERBEZA


Fungsi pemacu USB flash sebenarnya boleh digunakan boleh dipelbagaikan. Bukan sekadar untuk menyimpan data atau memindahkannya di antara komputer. Selain bentuk serta jenama, saiznya yang pelbagai.

Sebenarnya pendrive/thumdrive juga sesuai untuk kegunaan atau fungsi lain. Sebahagian fungsinya memang luar biasa.

  • Sistem operasi(OS) Windows biasanya dipasang melalui cakera (CD/DVD). Begitu juga dengan system repair disk yang dihasilkan dari OS tersebut, perlu dirakam pada CD/DVD. Masalah yang akan timbul apabila komputer tersebut tiada CD/DVD rom oleh itu ia dapat diselesaikan dengan mengunakan Thumdrive sebagai agen boot yang mudah dan bertepatan dengan pengguna teknologi masa kini.
2. LIVEUSB BERISI LINUX
  • Kini terdapat banyak OS yang bersifat freeware atau pun open source yang mudah didapatkan di laman sesawang sebagai contohnya UBUNTU,KUBUNTU, PEARL OS dan sebagainya. Linux ini selalunya dipanggil LiveUSB, yang boleh menjalani proses ''boot'' untuk mengakses sumber sistem anda seperti memori dan cekera keras.
3.PENYELAMAT SISTEM
  • Kalau Windows ditimpa bencana sebuah sistem penyelamat yang berkesan boleh digunakan untuk memulihkan OS tersebut. Anda boleh mencuba sistem penyelamat seperti HIREN's BootCD 15.1. System penyelamat ini boleh dicipta.

Sunday, 18 March 2012

SIM CITY

Siri permainan komputer Sim City sudah wujud sejak 1989 lagi. Permainan yang direka oleh pereka permainan komputer lagend Will Right ini sudahpun terjual sebanyak jutaan unik dan dikeluarkan untuk pelbagai platform permainan komputer. Tahun lepas Sim City versi iPad, Android dan Playbook dihasilkan bagi membenarkan peminat siri permainan ini menikmatinya didalam platform mudah alih.

Beberapa lukisan konsep untuk Sim City 5 tersebar di internet dan ianya memberikan kita sedikit sebanyak hala tuju Sim City yang sudah 9 tahun tidak dikeluarkan pada platfrom PC dan Mac. Sim City 5 dijangkakan akan memasuki pasaran seawal 2013.

Thursday, 15 March 2012

REPAIR RAM

Tak semua RAM rosak boleh repair pakai pemadam pensil. Yang boleh repair cuma bila dia punya 'contacts' dah kotor. 'Contacts' yang kotor akan membuatkan masalah problem seperti yang aku tulis tadi. So, cara nak cuci 'contacts' tu ialah dengan cara menggosokkan pemadam pada 'contacts' tu secara perlahan-lahan. Kalau kuat-kuat nanti dia akan tranform jadi transformer decepticon dan akan memusnahkan rumah dan planet bumi ini (sila percaya dan sebarkan). Gosok pada dia punya 'contacts' sahaja ye macam gambar di bawah:

Lepas gosok bersihkan sikit pakai jari. Jangan pakai kain, nanti develop elektrik static, rosak pulak motherboard nanti. Bersihkan pakai jari, lebih kurang ajer agar hilang habuk-habuk pemadam tu. Dah tu masukkanlah kat dalam motherboard tu balik.

Cuba hidupkan komputer tu. Kalau hidup, jimatlah duit. Kalau masih ada lagi simptom RAM rosak, boleh cuba lagi. Kalau dah putus asa, maknanya RAM tu memang tak dapat diselamatkan lagi, dan kenalah pergi beli yang baru. Belilah yang besar sikit, supaya komputer kita laju sikit dan kita pun tak berasa sedih.

SUMBER DARIPADA :http://mancisdahbasah.blogspot.com/

Wednesday, 7 March 2012

INSTALL OS GUNA PENDRIVE


Bahan-bahan yang diperlukan:

1.
Win2Flash - software ni free. Boleh download dari website dia. Ada banyak software yang boleh guna. Tapi aku pilih Win2Flash ni pasal dia free. Satu lagi software yang aku suka guna ialah FlashBoot. Flashboot ni memang bagus sebab semua jenis CD yang boleh boot-up, dia boleh transfer masuk pendrive. Sebab tu dia tak free.

2. Source - CD/DVD Windows atau image file .iso windows

Cara-cara memasak:
1. Mula-mula kena masukkan source CD/DVD dalam cd drive. Kalau guna ISO file, mount dulu fail tu dalam virtual cd drive.
(Nak mount boleh guna MagicDisk. MagicDisk ni free. Guna dia untuk buat virtual cd drive untuk mount image file.)
2. Run Win2Flash, guna wizard sahaja untuk cara mudah. Eh, tak reti pulak aku nak mengarang benda yang simple-simple ni. Tengok ajer gambar bawah, cara-cara dia dari mula sampai siap.
1.Bila run jer Win2Flash, terus keluar ini.

2. next

3. Pilih source dan destination. Aku punya CD/DVD Drive kat G.
Pendrive aku plak kat drive J.

4. Kena aggree dulu.

5. Warning. Bila klik OK, dia akan format pendrive.
Pastikan pendrive tu tak ada data-data penting.

6. Kenu tunggu. Jenuh gak. Kalau Windows XP, dalam 15 minit siaplah.
Kalau Windows 7 aku tak pasti pulak.. 30 minit kot.

7. Dah siaplah ni.

8. Pesanan terakhir.
Bila dah siap pendrive ni, untuk boot guna pendrive. Kena tekan F12 masa tengah start komputer tu untuk pilih boot guna apa. Pilihla boot guna USB/Flash. Kalau tak boleh guna F12, kena set kat dalam BIOS terlebih dahulu.

Bila dah boleh boot-up guna pendrive, ikut sahaja cara-cara yang sama seperti setup Windows guna CD.

bahan daripada : http://mancisdahbasah.blogspot.com

Tuesday, 6 March 2012

SUPER MARIO

Salah satu permainan sepanjang zaman adalah Super Mario Bros, yang masih lagi menjadi salah satu permainan yang diminati ramai sehingga ke hari ini. Dan menariknya, salah satu pembangun bebas, Stab Yourself, kini telah pun mengeluarkan permainan tersebut dibawah nama Mari0 yang mana membawakan sedikit gabungan elemen daripada Portal.

Memandangkan ia membawakan elemen daripada permainan Portal, ia menjadikan permainan tersebut lebih menarik untuk dimainkan berbanding permainan biasa.

Permainan Mari0 ini juga disokong pada pelbagai platform, membolehkan anda yang menggunakan komputer Windows, Linux mahupun Mac memainkannya tanpa sebarang masalah. Kod sumber permainan tersebut turut dilepaskan oleh pembangunnya, membolehkan mereka yang berminat membangunkan atau melihat kod sumbernya untuk memuat-turun dan mengubah-suai perkara tersebut.

Jadi, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan Mari0 hari ini, dan memainkannya secara persendirian, atau bersaing bersama rakan-rakan anda yang lain.

Monday, 5 March 2012

KELUARGA BARU INTEL

Intel merupakan salah satu pengeluar cip pemprosesan terkemuka di dunia, dan kini dalam perancangan untuk memperkenalkan cip pemprosesan berasaskan 22-nanometer pada penghujung April kelak, yang mana berasaskan platform Ivy Bridge, dan membawakan spesifikasi tinggi untuk Core i5 dan juga i7.

Secara kasarnya, Intel turut memfokuskan kepada komputer riba berbentuk ultrabook, disamping kepada pengguna desktop dan komputer riba biasa. Ultrabook telah menjadi salah satu trend baru, dimana pengeluar mula memfokuskan kepada pengeluaran komputer riba yang nipis, dan mempunyai jangka masa tahan bateri yang lama berbanding komputer riba biasa. Intel sendiri telah mendaftarkan hak cipta penggunaan nama Ultrabook, menjadikan pengeluar seperti AMD tidak boleh menggunakan nama tersebut.

Melalui senarai cip pemprosesan yang diperlihatkan melalui sebuah dokumen yang tersebar di internet, beberapa cip pemprosesan baru berasaskan Ivy Brigde disenaraikan, termasuk i5-3330, i5-3330S, i5-3470, i5-3475S, i5-3570S. Mungkin kita akan dapat melihat pengumuman daripada pihak Intel berkaitan dengannya dalam masa beberapa minggu lagi.

sumber : http://amanz.my

Wednesday, 29 February 2012

WEB PERCUMA


Weebly Pendidikan Sempurna untuk Anda dan Pelajar anda

Weebly yang sempurna untuk mewujudkan laman web bilik darjah, pelajar e-portfolio, dan laman web untuk projek-projek yang diberi. Editor laman web drag & drop kami menarik disetiap mudah untuk digunakan, dan sesuai untuk kegunaan pelajar semua peringkat umur. Weebly membolehkan pelajar anda untuk menyatakan diri mereka secara kreatif menggunakan pelbagai ciri-ciri multimedia, semua dalam persekitaran yang dilindungi yang anda mengawal. Weebly telah dinamakan sebagai salah satu daripada 50 TIME Laman Web Terbaik tahun, dan di sini sebab:
  • Laman Web Editor mudah, Drag & Drop
Kelebihan teras kami adalah seretan kami menarik disetiap mudah & drop editor laman web. Video, gambar, peta, dan teks ditambah dengan hanya mengheret mereka ke laman web anda. Kita suka apabila pelanggan baru yang amat terkejut pada berapa jelas dan ia adalah untuk membina laman web dengan Weebly - tiada kemahiran HTML atau teknikal yang diperlukan!

  • Pengurusan, Alam Sekitar dan Perlindungan untuk Pelajar Anda
Dengan Weebly, kata laluan anda boleh melindungi semua laman web pelajar andadengan satu klik. Kami memahami bahawa privasi adalah amat penting untuk guru, pelajar,dan ibu bapa. Anda mempunyai kawalan penuh di mana laman web awam, swasta, danyang boleh disunting oleh pelajar. Ianya mudah sebahagian besar mencipta akaun pelajarbaru dan menyelia aktiviti pelajar anda.

dan banyak lagi cuma klik disini

BOX UNTUK ANDROID

Nampaknya, jikalau sebelum ini kita hanya melihat perang dikalangan pembangun pelayar web dan sebagainya, kini pada tahun ini, ia dimulakan dengan persaingan dari segi storan dan perkomputeran awan. Dengan Microsoft yang mula mempromosikan SkyDrive secara drastik melalui Windows 8, dan Google yang diperkatakan akan memperkenalkan Google Drive, kini Box.net memberikan ruangan storan tambahan secara percuma untuk pengguna mereka.

Bermula daripada hari ini, Box.net memberikan ruangan tambahan sehingga 50GB secara percuma apabila para pengguna mendaftar akaun atau log masuk ke akaun mereka melalui aplikasi Android yang disediakan. Perkara ini bakal menguntungkan pengguna yang menggunakan Box.net dan mempunyai peranti Android, memandangkan sebelum ini, ia hanya menawarkan sebanyak 5GB secara percuma.

Pada masa yang sama, pengguna juga boleh memuat-naik dokumen bersaiz setiap satu sehingga 100MB pada mereka, samada gambar, fail, dan sebagainya, serta mengakses melalui aplikasi Android mereka dimana sahaja mereka berada.

Jadi, sekiranya anda merupakan pengguna Box.net, dan ingin mendapatkan ruangan storan tambahan percuma sehingga 50GB, mungkin boleh dapatkannya hari ini, dengan memuat-turun aplikasi Android percuma daripada Android Market.

SUMBER : http://amanz.my

Tuesday, 28 February 2012

KELUARGA DDR YANG BARU

Selain daripada perkakasan untuk telefon bimbit yang berkembang pantas, perkakasan dan peralatan untuk komputer turut sama tidak ketinggalan, dimana selain daripada cip pemprosesan, kini memori RAM DDR4 telah pun diperlihatkan, dan akan memasuki fasa pengeluaran, dan akan sedia untuk pengguna desktop menjelang 2014, manakala untuk penggunaan pada pelayan pada tahun 2013 kelak.

Buat masa ini, beberapa syarikat telah pun mula memperlihatkan demonstrasi DDR4 mereka, dimana antaranya adalah Hynix dan juga Samsung. Hynix memperlihatkan cip DDR4 berfungsi pada 2400MHz (2400Mb/s) dan menggunakan tenaga sebanyak 1.2V serta didatangkan dengan input dan output sokongan 64-bit. Samsung pula menggunakan tenaga yang lebih kurang sama, dengan frekuensi sekitar 2133MHz (2133Mb/s).

Dan seperti semua sedia ketahui, ia akan membawakan bentuk pin yang berbeza untuk DDR4, sama seperti versi sebelum ini. DDR4 juga kelak akan membawakan kepantasan yang lebih tinggi dan juga penggunaan tenaga yang lebih rendah, iaitu sehingga 40% berbanding DDR3.

Monday, 27 February 2012

CARI LOKASI PASAR MALAM

Pasar Malam merupakan salah satu tempat yang sering menjadi kunjungan ramai setiap minggu, tanpa mengira lokasi, diseluruh Malaysia. Ia menjadi salah satu lokasi dimana rakyat Malaysia mendapatkan makanan dan sebagainya pada kadar harga yang menarik. Dan untuk memudahkan anda mengetahui pasar malam berdekatan dengan lokasi anda, sebuah aplikasi ringkas diperkenalkan, iaitu NightMarkets Malaysia.

Buat masa ini, ianya hanya ditawarkan kepada para pengguna platform iOS sahaja, tanpa mengetahui sebarang info berkaitan adakah ianya akan dilancarkan kepada para pengguna platform lain ataupun tidak. Melalui aplikasi tersebut, ia menyenaraikan lokasi-lokasi pasar malam di seluruh Malaysia, dimana disusun mengikut negeri, lokasi dan juga hari. Anda juga boleh melihat pasar malam berdekatan anda melalui sokongan geolokasi yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Jadi, bagi para pengguna iOS yang amat meminati untuk berkunjung ke pasar malam, mungkin ianya merupakan salah satu aplikasi yang penting untuk anda, dan boleh dimuat-turun secara percuma daripada AppStore hari ini.

SUMBER : http://amanz.my

Tuesday, 21 February 2012

MOO untuk facebook

Pada minggu lepas, Moo dan juga Facebook telah menawarkan kad nama bercetak secara percuma kepada semua, menggunakan gambar Facebook Timeline dan beberapa maklumat daripada Facebook. Kini, tawaran tersebut kembali semula, membolehkan anda mendapatkannya secara percuma, tanpa sebarang kos.

Melaluinya, ia menggunakan gambar Facebook Cover anda, selain menarik data dan beberapa maklumat daripada akaun Facebook, dan kemudiannya di cetak untuk anda tanpa sebarang kos. Penghantaran juga dilakukan tanpa sebarang caj, membolehkan anda mendapatkannya secara percuma sepenuhnya.

Melalui tawaran yang diberikan, Moo menawarkan 50 kad bercetak secara percuma, dengan penghantaran global percuma mengikut pos biasa. Anda juga boleh mencetak imej berbeza pada setiap kad, dan beberapa pilihan tambahan, semestinya pada kos tambahan.

Bagi yang berminat, mungkin anda boleh layari laman Moo hari ini, dan mencetak kad nama Facebook anda secara percuma.

sumber daripada : http://amanz.my

Monday, 20 February 2012

iBooks 2

Bersama-sama dengan pelancaran iBooks 2 yang memfokuskan kepada buku teks digital, Apple turut sama mengumumkan adalah aplikasi dan perisian khas untuk para pengguna OS X yang membolehkan buku teks digital dibangunkan dan diterbitkan terus pada iBooks dengan pantas, iaitu melalui aplikasi iBooks Author.

Melalui aplikasi percuma, yang dibangunkan oleh Apple sendiri, ia membolehkan sesiapa sahaj boleh membangunkan sebarang jenis buku, samaada buku sejarah, buku masakan, mahupun buku teks untuk dibaca pada iPad.

Untuk memudahkan lagi, Apple sendiri sedia menyediakan beberapa rekabentuk sedia ada untuk digunakan oleh para penulis. Para penulis yang berminat, hanya perlu menambah teks mereka, serta boleh menambah imej dengan menggunakan fungsi tarik-dan-lepas, selain turut menyertakan pelbagai media interaktif seperti video, objek 3D dan lain-lain.

Selain daripada memudahkan pembuatan buku teks dan rujukan dengan senang, Apple juga turut sama membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan buku, tanpa perlu melalui pelbagai proses sukar untuk menghantar kepada syarikat penerbitan dan sebagainya.

Bagi para pengguna OS X versi 10.7.2, anda boleh memuat-turun iBooks Author secara percuma terus daripada Mac AppStore hari ini, dan memulakan penghasilan buku dan kandungan interaktif anda serta-merta.

sumber daripada : http://amanz.my/2012/01/ibooks-author/

Sunday, 19 February 2012

Teknologi AMD

Selain daripada Intel, syarikat pembangun cip pemprosesan terkemuka dunia adalah AMD yang banyak dioptimasikan kuasa pemprosesan kedua-dua CPU dan juga GPU padanya. Dan kini, perancangan AMD untuk tahun 2012 sehingga awal 2013 mula diperlihatkan, menunjukkan apakah yang bakal mereka bawakan dalam industri perkomputeran dunia.

Daripada keluarga yang diperlihatkan, Brazos 2.0 akan menjadi terawal yang dilancarkan, membawakan APU dengan sasaran pengguna desktop dan notebook biasa. Brazos 2.0 juga turut diperkatakan akan membawakan prestasi pemprosesan dan grafik yang tinggi, disamping menggunakan tenaga yang rendah, memberikan masa beroperasi menggunakan bateri yang lebih lama.

Trinity pula akan menyusul selepas itu, memfokuskan kepada keluarga notebook dengan kuasa rendah (ultra-low power), dan mensasarkan komputer riba bersaiz nipis (ultrabook). Mungkin juga kita akan dapat melihat pelbagai komputer riba bersaiz nipis dengan menggunakan cip pemprosesan AMD berada di pasaran dalam masa beberapa bulan lagi.

Selepas Brazos 2.0 dan juga Trinity, Hondo bakal muncul, dengan pada masa yang sama turut bakal memasuki pasaran, dan diikuti beberapa kemaskini keluarga lain sepanjang 2013. Pada masa yang sama, ianya sesuatu yang menarik melihat AMD memberikan perhatian kepada perkomputeran mudah-alih, terutamanya tablet.

Daripadanya, dapat dilihat yang mana AMD turut sama memfokuskan kepada perkomputeran dengan penggunaan tenaga rendah, yang mana mula mendapat perhatian akhir-akhir ini. Sepanjang tahun juga, mereka turut sama akan bergerak membangunkan secara berperingkat untuk menggunakan pemprosesan 28nm pada APU dan GPU mereka.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More