
Sedikit demi sedikit teknologi yang diperlihatkan pada filem kini semakin menjadi realiti, dan kini sebuah perkara baru diperlihatkan, dinamakan sebagai Leap, membolehkan anda mengawal skrin dengan hanya menggunakan gerakan, tanpa perlu menyentuhnya.Perkara ini dijayakan dengan sokongan peranti tambahan untuk merakamkan gerakan tangan pengguna. Bagi yang biasa menggunakan Kinect daripada Microsoft, mungkin biasa dengan perkara ini. Namun, berbeza dengan Kinect yang merakamkan aktiviti seluruh badan, Leap ini hanya merakamkan aktiviti dan gerakan tangan, dan aplikasikannya pada skrin.Melalui video demo yang dipertontonkan pihak mereka, Leap bukan...