Dunia ICT

Mengenali ICT dengan lebih dekat.

Download Soalan ICT

Memuat Turun soalan-soalan ICT disini.

Download Nota-nota ICT

Memuat Turun nota-nota ICT.

Sejarah Komputer

Mari kita berkenalan dengan nenek dan atok komputer

Tip-tip penggunaan Komputer

Untuk anda untuk kamu.. tip2 yang ader dalam fikiran ku

Saturday, 30 July 2011

System Restore



System Restore
adalah satu komponen yang terdapat dalam Microsoft Windows Me, Windows XP, Windows Vista dan Windows 7, tetapi tidak pada Windows 2000,ia digunakan untuk membolehkan mengembalikan fail sistem, kekunci pendaftaran, program-program yang dipasang, dan lain-lain, kepada waktu sebelum kerosakan atau kegagalan sistem. Bagi saya ia amat berguna kerana sepanjang mengunakan Windows XP contohnya, terdapat masalah terhadap .dll, .exe dan bermacam-macam lagi. Satu contoh yang paling terbaru saya gunakan apabila sistem laptop saya diserang oleh virus shotcut(Klik disini).


Windows Vista dan versi kemudian, System Restore mempunyai antara muka yang lebih baik dan berdasarkan teknologi Salinan Shadow. Dalam versi Windows yang terlebih dahulu, ia adalah berdasarkan penapis fail yang menyaksikan perubahan bagi satu set sambungan fail yang tertentu, dan kemudian disalin fail sebelum masalah berlaku. Namun dengan kewujudan teknologi baru ini Shadow Copy mempunyai kelebihan bahawa blok-tahap perubahan dalam fail yang terletak di direktori mana-mana tempat boleh dipantau dan disokong tanpa mengira lokasi mereka.

Caranya mudah dengan mengunakan SYSTEM RESTORE yang boleh di perolehi pada System tool anda (Start > All Program > accessories > system tool >system restore )

sumber daripada : http://en.wikipedia.org/ ,http://www.myictrooms.co.cc

Friday, 29 July 2011

Virtual Box


Larikan pelbagai Sistem Pengoperasian dalam satu komputer. VirtualBox boleh dilarikan dalam Windows, Linux, Macintosh, and Solaris hosts dan menyokong sejumlah besar sistem operasi tetamu yang tidak terhad kepada Windows (NT 4.0, 2000, XP, Server 2003, Vista, Windows 7), DOS/Windows 3.x, Linux (2.4 and 2.6), Solaris dan OpenSolaris, OS/2, serta OpenBSD.

Untuk melarikan Virtual Box komputer anda perlu mematuhi spesifikasi di bawah :
  1. Mengunakan Intel atau AMD processor (x86).
  2. Memory melebihi daripada 512MB(Jika lebih dari 1Gb lebih baik kerana ia lebih stabil).
  3. Hard- disk drive (Ruang cakera keras). Walaupun VirtualBox itu sendiri adalah sangat kecil(pemasangan biasa hanya akan memerlukan kira-kira 30 MB ruang cakera keras), mesin maya akan memerlukan fail yang agak besar pada cakera untuk mewakili storan cakera keras mereka sendiri. Jadi, untuk memasang Windows XP, sebagai contoh, anda memerlukan storan yang lebih besar.
  4. host operating system. Windows, Linux,Max-os dan solaris.
  5. Menyokong guest operating system.

Sila lihat Manual untuk keterangan yang lebih lanjut. (MANUAL)


Thursday, 28 July 2011

Open Source Software



Pada tajuk yang lalu saya telah memperkenalkan anda kepada Sistem pengoperasian(OS) Ubuntu, yakni yang tergolong dalam keluarga open Source (sumber terbuka). Hari ini saya kembali untuk memperkenalkan anda sebahagian perisian yang dibangunkan secara terbuka yang membolehkan penguna memuat turun dan mengunakan-nya tanpa sebarang cas. Kebiasaannya ia dibina dgn niat untuk berkongsi, serta membenarkan pengguna untuk mengkaji, mengubah, menambah baik dan kadang-kadang juga mengedarkan perisian tersebut.

Disini saya sertakan pautan untuk salah satu web yang menyenaraikan perisian sumber terbuka(OSS) :

1. http://opensourcewindows.org/

2. http://www.lostintechnology.com

masih banyak lagi pautan yang anda boleh temui apabila anda taip saya kata kunci seperti open source software yang boleh di cari dari mana enjin pencarian yang anda suka.

Bengkel Ulead Studio


Ulead studio adalah salah satu perisian aplikasi yang rata-ratanya di gunakan oleh pengubah video masa kini. Perisian ini mudah dan senang untuk digunakan kerana antara muka penguna yang menarik. Bengkel ini berlangsung di PKG(Pusat Kegiatan Guru) Bukit Badong, ia berlangsung selama dua hari (27 dan 28 july 2011) dan dihadiri seramai 25 guru sekitar Kuala Selangor.

Bengkel ini berjaya menarik minat guru dalam menyediakan video bagi proses pembelajaran dan pengajaran. Sejajar dengan matlamat kementerian Pelajaran dalam memperkasakan ICT dan medan P&P. Bengkel ini di pengurusi oleh En. Ahmad Daun dan tenaga pengajarnya En. Azlan daripada PKG Kuala Selangor.

Ini adalah hasilan yang saya buat berbantukan nota dan ilmu yang di perolehi sewaktu krusus berlangsung

video

Wednesday, 27 July 2011

Ruby (Programming Language)



Ruby
adalah yang dinamik, mencerminkan, tujuan am objek berorientasikan bahasa pengaturcaraan yang menggabungkan sintaks yang diilhamkan oleh Perl dengan ciri-ciri seperti Smalltalk. Ruby yang berasal dari Jepun pada pertengahan tahun 1990-an dan mula-mula dibangunkan dan direka oleh Yukihiro "Matz" Matsumoto. Ia telah dipengaruhi terutamanya oleh Perl, Smalltalk, Eiffel, dan Lisp.


Ruby menyokong pelbagai paradigma pengaturcaraan, termasuk objek fungsi, berorientasikan, penting dan mencerminkan. Ia juga mempunyai jenis sistem yang dinamik dan pengurusan memori automatik; Oleh itu, sama dalam pelbagai aspek Python, Perl, Lisp, Dylan, Pike, dan CLU.

Standard 1.8.7 pelaksanaan ditulis dalam C, sebagai bahasa satu laluan ditafsirkan. Buat masa ini tiada spesifikasi bahasa Ruby, jadi pelaksanaan asal dianggap sebagai rujukan de facto. Pada tahun 2010 [update], terdapat beberapa pelaksanaan yang lengkap atau yang akan datang alternatif bahasa Ruby, termasuk YARV, JRuby, Rubinius, IronRuby, MacRuby, dan HotRuby. Setiap mengambil pendekatan yang berbeza, dengan IronRuby, JRuby dan MacRuby menyediakan kompilasi just-in-time dan MacRuby juga menyediakan kompilasi di hadapan-of-time. Rasmi 1,9 cawangan menggunakan YARV, seperti yang akan 2.0 (pembangunan), dan akhirnya akan menggantikan Ruby perlahan MRI.

untuk mencuba atau untuk mengenali Ruby dengan lebih dekat sila layari
http://www.ruby-lang.org/en/

sumber daripada : http://en.wikipedia.org

Tuesday, 26 July 2011

Kenali UBUNTU


Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan?

Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal,namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini.

Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan.

Dengan Aplikasi Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja untuk memasang Ubuntu pada komputer anda.

Rasailah kehebatan Ubuntu. Jumpa anda di Forum Ubuntu untuk berkongsi ilmu, pandangan dan pendapat.

Klik di sini untuk memperolehi UBUNTU secara percuma

Sumber daripada http://ubuntu.com.my/

Hiren’s BootCD



Hiren
. BootCD pelbagai alat yang berguna, anda boleh menggunakan dalam pelbagai situasi seperti menganalisis, memulihkan sistem komputer dan menghidupkan komputer walaupun sistem operasi utama tidak boleh boot. Ia adalah satu sumber yang berguna bagi sesiapa yang mempunyai masalah komputer yang menghadapi masalah mengakses internet untuk memuat turun program-program dalam usaha untuk menetapkan. Ia mempunyai pelbagai alat yang dibahagikan kepada beberapa kategori seperti :
  1. Alat pembahagian ( partitioning tools)
  2. Sandaran pemulihan (System Backup)
  3. Alat BIOS / CMOS
Anda boleh menggunakannya untuk membaiki komputer yang bermasalah seperti kegagalan cakera keras, jangkitan virus, pembahagian, pemulihan kata laluan dan pemulihan data. Hiren. BootCD mempunyai senarai perisian yang banyak. Utiliti dengan fungsi yang sama di CD dikumpulkan bersama dan seolah-olah tidak diperlukan, namun bagi mereka yang mengetahui keperluannya adalah amat menghargai CD ini.

Hiren's BootCD terdiri daripada - Antivirus Tools, Archivers, Backup Tools, BIOS / CMOS Tools, Browsers / File Managers, Cleaners, Editors / Viewers, FileSystems Tools, Hard Disk Tools, MBR (Master Boot Record) Tools, Ms Dos Tools, Network Tools, Optimizers, Partition Tools, Password Tools, Process Tools, Recovery Tools, Registry Tools, Remote Control Tools, Security / Encryption Tools, Startup Tools, System Information Tools, Testing Tools, Tweakers, etc.

Monday, 25 July 2011

KAEDAH PENGATURCARAAN BERSTRUKTUR



Definisi:
Adalah satu subset kepada pengaturcaraan prosedural yang membentuk struktur logik pada program yang sedang ditulis bagi menjadikan ia lebih efisien dan lebih mudah untuk difahami dan diubah suai.

Pengaturan Berstruktur logik :
A. Struktur Berjujukan (Sequence Structure)
  1. Satu arahan atau tugas menjadi petunjuk kepada arahan atau tugas berikutnya dalam susunan yang telah ditentukan.
  2. Tiada arahan atau tugas yang dilangkau daripada turutan arahan.
  3. Semua arahan mesti dilarikan (run) selepas arahan lain yang disusun secara berturutan tanpa meninggalkan atau melangkau sebarang arahan.
KEYWORD : Laksanakan arahan yang berturutan tanpa skip.

B. Struktur Pemilihan (Selection structure)
  1. Dalam struktur pemilihan, arahan adalah dilaksanakan berdasarkan SYARAT.
  2. Hanya 1 daripada 2 penyataan akan dilaksanakan.
KEYWORD: Laksanakan 1 daripada 2 penyataan berdasarkan syarat.


Kelebihan Pengaturcaraan Berstruktur
Pengaturcaraan Berstruktur adalah satu subset kepada pengaturcaraan prosedural yang membentuk struktur logik pada program yang sedang ditulis bagi menjadikan ia lebih efisien dan lebih mudah untuk difahami dan diubah suai.

Saturday, 23 July 2011

SAPS -ONLINE

http://saps.moe.gov.my/index.php

Taklimat SAPS-Online
Bergerak selangkah lagi apabila kemodenan ICT menjadi tunggak keberkesan dengan mengubah sistem sekolah daripada sistem kemasukan offline kepada Online. Jika dahulu sistem penghantaran dan pengumpulan data di PPD namun kini guru-guru data seluruh malaysia hanya perlu duduk di Rumah @ di Meja Guru bagi memhantar data.
  1. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
  2. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
  3. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.
  4. Sekurang-kurangnya karenah meminta data berkaitan peperiksaan ke sekolah akan dapat diminimakan. SAPS juga boleh dijadikan ”Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take Of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result).
  5. SAPS boleh dicapai melalui Portal NKRA seperti berikut:

Cara pengunaan Sistem sila klik disini "SAPS-ONLINE"

Thursday, 21 July 2011

Bagaimana Pengaturcaraan Berfungsi


Pengaturcaraan adalah arahan yang diberikan oleh penguna untuk komputer berkerja mengikut arahan yang diberikan. Sebagai contohnya :

Seorang pelajar ingin pergi ke sekolah apa yang perlu mereka lakukan?
Bermula daripada bangun tidur, gosok gigi, mandi, sembahyang dan seterusnya pergi sekolah. Pergerakan/perlakuan itu boleh di jadikan sebuah pengaturcaraan bagaimana seorang pelajar itu ingin pergi ke sekolah.

Daripada idea di atas ia membolehkan pelajar mengetahui apa itu pengaturcaraan. Terdapat beberapa langkah lagi sebelum pelajar melakukan pengaturcaraan, di antaranya mengenali jenis data, mengenali pemalar atau pembolehubah, mengetahui operator matematik dan logic, menyediakan flow chart dan di akhiri dengan menulis aturcara. Namun untuk hari ini saya ingin membuat penerangan mengenai bahasa pengaturcaaan C, sebagai satu langkah penerangan untuk bahasa bagi generasi pengaturcaraan.

Bahasa pengaturcaraan C

Bahasa pengaturcaraan C adalah bahasa pengaturcaraan yang popular dan digunakan secara meluas untuk mewujudkan program-program komputer. Pengaturcara di seluruh dunia teruja dengan C kerana ia memberi kawalan dan kecekapan maksimum kepada sistem pengaturcara.

Jika anda seorang programmer, atau jika anda berminat untuk menjadi programmer, terdapat beberapa faedah anda mendapat manfaat daripada pembelajaran C:

  1. Anda akan dapat membaca dan menulis kod untuk beberapa platform yang besar - segala-galanya daripada pengawal mikro untuk sistem saintifik yang paling maju boleh ditulis dalam C, dan banyak sistem operasi moden ditulis dalam C.
  2. Bergerak selangkah ke objek berorientasikan C + + adalah bahasa menjadi lebih mudah. C + + adalah lanjutan C, dan ia adalah mustahil untuk belajar C + + tanpa belajar C terlebih dahulu sebagai asas pengetahuan sebelum menjangkau ke bahasa yang baru.
Rajah 1.0: Bagaimana Pengaturcaraan Berfungsi

Gambar Rajah 1.0 diatas menunjukkan peringkat demi peringkat bagaimana pengaturcaraan berkerja dari baris pertama(pengistiharan int a,b,c) hingga (memulangakan nilai : return 0;) , pelajar-pelajar, guru-guru mahupun pengunjung yang lain boleh mengambil idea diatas untuk di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pengaturacaran

sumber : http://www.howstuffworks.com/c.htm

Wednesday, 20 July 2011

Terima Kasih


Di atas saya lampirkan PageView Operating System dan PageView Browsers, ia memaparkan pengunjung yang hadir berbeza dari jenis Sistem pengoperasian(OS) dan pelbagai pelayar internet yang berbeza. daripada maklumat di atas boleh lah saya simpulkan bahawa kebanyakan pengunjung yang hadir ke laman saya mengunakan windows sebagai sistem pengoperasian dan Mozilla firefox yang menjadi pelopor di sebagai medium pelayan web yang tekenal.

Disini saya dapat lihat terdapat pengunjung yang mengunakan PS3 sebagai OS, ia mengejutkan saya kerana selama ICT ROOMS ini beroperasi (Januari - July) baru saya sedar medium PS3 juga pernah melayari blog saya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang hadir, jika terdapat kekurangan dalam blog ini anda boleh email kepada saya membolehkan laman ini boleh beroperasi dengan seadanya ;)

Hilangkan Virus Shortcut 3


Virus Shortcut baru sahaja menular dalam komputer saya sebentar tadi, akibat daripada perkongsian pendrive. Hal ini berlaku membolehkan saya untuk berfikir cara ketiga bagi menangani virus ini agar ia boleh dihapuskan dengan cara yang mudah, cepat dan bersesuain dengan masa dan keadaaan.

Caranya mudah dengan mengunakan SYSTEM RESTORE yang boleh di perolehi pada System tool anda (Start > All Program > accessories > system tool >system restore ) tetapi ia memerlukan point sustem restore yang aktive agar ia boleh mengembalikan system pada waktu sebelum di serang oleh Virus.

Selamat Mencuba

Elak Pencerobohan


Selagi anda berada dalam talian dan mempunyai laman web, anda sentiasa akan terdedah kepada "hacker" Terdapat banyak sebab mengapa orang akan mahu hack laman web anda. Terdapat beberapa langkah-langkah berjaga-jaga yang anda boleh ambil untuk mengelak masalah ini daripada berlaku kepada anda. Berikut adalah langkah yang perlu anda perlu lakukan:

  1. Pastikan sentiasa mengemaskini fail dalam web anda.(Ini termasuk jika anda menggunakanWordPress, Joomla, dll.)
  2. Berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang anda upah untuk menjalankan laman web anda.Pastikan mereka tahu apa yang mereka lakukan dan menyimpan maklumat anda selamat.(hal ini berlaku jika anda memgupah orang lain untuk update web anda @ anda membuat sub host dan jual pada orang lain)
  3. Lebih baik untuk menggunakan laman web statik dan bukan daripada CMS (ex.Wordpress)
  4. Sentiasa menguruskan laman web anda dengan kandungan yang baru setiap hari.
  5. Sentiasa memeriksa laman web anda untuk mencari "Bad Fail" yang tidak sepatutnya berada di dalam web anda.

Heheh itu ajer dan selamat mencuba :)

Tuesday, 19 July 2011

Apa IP(Internet Protocol) anda



Kenal pasti IP(intenet protocol) anda sewaktu anda melayari intenet. Mungkin anda tertanya mengapa hal ini di jadikan topik untuk waktu ini. Bagi saya ia amat berguna
untuk mengetahui alamat IP atas sebab-sebab permainan online, bantuan teknikal, sambungan desktop jauh(remote desktop) dan bermacam-macam kegunaan lagi.

Jika anda ingin menjalankan pelayan e-mel anda sendiri atau pelayan web, ia amat perlu untuk mempunyai alamat IP statik. Alternatif, VPN IP (atau rangkaian persendirian maya) juga boleh digunakan untuk keselamatan rangkaian tambah. Sebagai contoh :
Anda ingin membuat server untuk paparkan web anda sendiri, so ip ini amat diperlukan bagi memastikan perkongsian ini dapat di lihat/paparkan oleh pengunjung yang lain.

Disini saya sediakan pautan untuk mengetahui IP anda (KLIK DISINI)
Laman itu juga saya gunakan untuk mengenalpasti kedudukan sesiapa sahaja yang menghantar email kepada saya hehehe...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More