Dunia ICT

Mengenali ICT dengan lebih dekat.

Download Soalan ICT

Memuat Turun soalan-soalan ICT disini.

Download Nota-nota ICT

Memuat Turun nota-nota ICT.

Sejarah Komputer

Mari kita berkenalan dengan nenek dan atok komputer

Tip-tip penggunaan Komputer

Untuk anda untuk kamu.. tip2 yang ader dalam fikiran ku

Tuesday, 22 May 2012

MUDAH LAGI MUDAH


Sedikit demi sedikit teknologi yang diperlihatkan pada filem kini semakin menjadi realiti, dan kini sebuah perkara baru diperlihatkan, dinamakan sebagai Leap, membolehkan anda mengawal skrin dengan hanya menggunakan gerakan, tanpa perlu menyentuhnya.

Perkara ini dijayakan dengan sokongan peranti tambahan untuk merakamkan gerakan tangan pengguna. Bagi yang biasa menggunakan Kinect daripada Microsoft, mungkin biasa dengan perkara ini. Namun, berbeza dengan Kinect yang merakamkan aktiviti seluruh badan, Leap ini hanya merakamkan aktiviti dan gerakan tangan, dan aplikasikannya pada skrin.

Melalui video demo yang dipertontonkan pihak mereka, Leap bukan sahaja boleh digunakan dalam mengawal pelbagai aplikasi, malah turut sama boleh digunakan dalam mengawal permainan, dan turut boleh mengesan peralatan tambahan yang digunakan seperti chopstick dan sebagainya.

Leap bakal dijual tidak lama lagi pada harga cuma $69.99. Namun, ia masih tidak diketahui sama ada ia menyokong penghantaran ke Malaysia ataupun tidak.

info : http://amanz.my

Tuesday, 15 May 2012

Virus OS X


Salah satu masalah serius yang dihadapi oleh Apple akhir-akhir ini adalah masalah malwareyang menyerang OS X. Dengan pihak Kaspersky yang sebelum ini mengatakan OS X amat mudah untuk diserang malware, kini ia turut dilaporkan, Apple telah menjemput pihak Kaspersky untuk mempertingkatkan sekuriti untuk mereka.
Pada tahun ini sahaja, OS X milik Apple telah diserang oleh beberapa malware, dan ia turut memperlihatkan masa yang diambil oleh Apple untuk mengatasinya adalah agak perlahan berbanding pesaing mereka, Microsoft melalui sistem operasi Windows.
Selain daripada itu, pihak Kaspersky turut sama mengatakan dimana pada masa akan datang, iOS akan turut menjadi salah satu sasaran. Namun, dengan kawalan aplikasi oleh pihak Apple mungkin ia akan menjadi agak sukar untuk diserang, berbanding Android yang kelihatan diserang dengan pelbagai malware melalui aplikasi-aplikasi tipu akhir-akhir ini.

IMAGE RESIZER





Ketika menggunakan Windows XP dulu, salah satu aplikasi kegemaran saya adalah Power Toys daripada pembangun Microsoft sendiri, menawarkan beberapa aplikasi tambahan kepada pengguna Windows menawarkan fungsi yang memudahkan mereka. Dan salah satunya adalah Image Resizer. Namun, ia seperti tidak begitu mesra Windows 7, dan sebagai alternatif, aplikasi seumpamanya dibangunkan CodePlex.
Melalui aplikasi dinamakan Image Resizer For Windows, yang masih lagi dalam proses pembangunan, ia akan menambah fungsi tambahan pada menu klik-kanan anda, membolehkan anda mengubah saiz sesebuah gambar sama ada mengecilkan mahupun membesarkannya dengan mudah.
Walaupun beberapa aplikasi lain menawarkan fungsi seumpamanya, namun melalui menu klik-kanan ia membolehkan anda mengubah saiz dengan serta-merta tanpa perlu melalui pelbagai langkah yang lama.
Bagi anda yang berminat, boleh menguji dan menggunakan sendiri aplikasi ini denganmemuat-turunnya secara percuma daripada laman rasmi CodePlex hari ini.
sumber : http://amanz.my

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More