Dunia ICT

Mengenali ICT dengan lebih dekat.

Download Soalan ICT

Memuat Turun soalan-soalan ICT disini.

Download Nota-nota ICT

Memuat Turun nota-nota ICT.

Sejarah Komputer

Mari kita berkenalan dengan nenek dan atok komputer

Tip-tip penggunaan Komputer

Untuk anda untuk kamu.. tip2 yang ader dalam fikiran ku

Wednesday, 7 March 2012

PDF to Word

Selalu kita ingin mengedit fail pdf yang kita buka. Namun Portable Document Format ini sudah tentu ada hakciptanya.

Di sini disenaraikan beberapa kaedah percuma untuk ‘convert’ dari PDF ke Word.

Aplikasi ini mudah untuk digunakan dan anda tidak perlu Microsoft Office atau pun Adobe Acrobat di dalam PC anda untuk menggunakan aplikasi ini.

1. Email Gmail (Email)

Anda hanya perlu hantar fail PDF itu ke alamat email Gmail anda. Dan attachment PDF itu akan jadi format HTML. Anda boleh copy dan edit fail itu.

2. ConvertPDFtoWord.com (web)

Anda hanya perlu hantar fail pdf dan ia akan menukarkan ke format Word

3. Freepdfconvert.com (web)

Ia akan menukarkan ke tiga format iaitu .doc, .xls dan juga .rtf

4. Free PDF to Word.com (Aplikasi)

Aplikasi ini perlu di install di dalam komputer anda.

Laman web

PDF To Word 2

5. Nitro PDF to Word (web)

6. CometDocs

Anda perlu daftar dan boleh menukar bukan hanya fail word malah excel, powerpoint dan lain-lain lagi.

7. Zamzar (web)

Laman web ini menyediakan pelbagai format untuk di tukarkan. Termasuklah Youtube download.

8. Gdoc (aplikasi)

Walaupun ianya trial 30 hari namun fungsi untuk PDF kepada Word adalah percuma

9. Smart-Soft Free PDF to Word Converter (aplikasi)

Tuesday, 6 March 2012

SUPER MARIO

Salah satu permainan sepanjang zaman adalah Super Mario Bros, yang masih lagi menjadi salah satu permainan yang diminati ramai sehingga ke hari ini. Dan menariknya, salah satu pembangun bebas, Stab Yourself, kini telah pun mengeluarkan permainan tersebut dibawah nama Mari0 yang mana membawakan sedikit gabungan elemen daripada Portal.

Memandangkan ia membawakan elemen daripada permainan Portal, ia menjadikan permainan tersebut lebih menarik untuk dimainkan berbanding permainan biasa.

Permainan Mari0 ini juga disokong pada pelbagai platform, membolehkan anda yang menggunakan komputer Windows, Linux mahupun Mac memainkannya tanpa sebarang masalah. Kod sumber permainan tersebut turut dilepaskan oleh pembangunnya, membolehkan mereka yang berminat membangunkan atau melihat kod sumbernya untuk memuat-turun dan mengubah-suai perkara tersebut.

Jadi, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan Mari0 hari ini, dan memainkannya secara persendirian, atau bersaing bersama rakan-rakan anda yang lain.

Monday, 5 March 2012

KELUARGA BARU INTEL

Intel merupakan salah satu pengeluar cip pemprosesan terkemuka di dunia, dan kini dalam perancangan untuk memperkenalkan cip pemprosesan berasaskan 22-nanometer pada penghujung April kelak, yang mana berasaskan platform Ivy Bridge, dan membawakan spesifikasi tinggi untuk Core i5 dan juga i7.

Secara kasarnya, Intel turut memfokuskan kepada komputer riba berbentuk ultrabook, disamping kepada pengguna desktop dan komputer riba biasa. Ultrabook telah menjadi salah satu trend baru, dimana pengeluar mula memfokuskan kepada pengeluaran komputer riba yang nipis, dan mempunyai jangka masa tahan bateri yang lama berbanding komputer riba biasa. Intel sendiri telah mendaftarkan hak cipta penggunaan nama Ultrabook, menjadikan pengeluar seperti AMD tidak boleh menggunakan nama tersebut.

Melalui senarai cip pemprosesan yang diperlihatkan melalui sebuah dokumen yang tersebar di internet, beberapa cip pemprosesan baru berasaskan Ivy Brigde disenaraikan, termasuk i5-3330, i5-3330S, i5-3470, i5-3475S, i5-3570S. Mungkin kita akan dapat melihat pengumuman daripada pihak Intel berkaitan dengannya dalam masa beberapa minggu lagi.

sumber : http://amanz.my

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More