Pada amnya mengikut norma masyarak dunia berinteraksi di antara 2 manusia atau lebih merupakan salah satu dari cara untuk berkomunikasi. Tetapi komputer dan perkakasannya tidak berkomunikasi mengunakan Bahasa melayu, Mandrin, Tamil dan sewaktu dengan nya. komputer berinteraksi mengunakan bahasa Mesin yang terdiri dari pada 1 dan 0, kerana komponen elektronik hanya tahu 1 untuk ON dan 0 untuk Off.
Apa itu ASCII ?
ASCII adalah American Standard Code For Information Interchenge yang di gunakan oleh semua komputer untuk mewakili nombor, Huruf dan characters. Sebagai Contohnya A akan diwakili 00100001. Dengan mengunakan ASCII code ini membolehkan manusia berkomunikasi dengan komputer serta membolehkan komponent elektronik komputer berinteraksi antara satu sama lain. Kod ini juga membolahkan data pada satu komputer boleh hantar ke komputer yang lain sama ada mengunakan cable, wireless dan sebagainya.
Persoalannya...
Ada yang menjadi tanda tanya pada benak diri saya ini bagai mana data itu boleh dihantar mengunakan wireless (yang mengunakan gelombang radio sebagai medium penghantaran). Jika mengunakan cable kita boleh bayangkan kereta,bus dan lori pada jalan raya yang sedang bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang dituju. tetapi bagai mana wireless.. huhuhuh adakah ia sama? itulah persoalannya yang saya ingin anda fikirkan bersama ;)