Friday, 18 February 2011

Kongsi Masalah Komputer



Senario Permasalahan


Fahmi telah menformat komputer-nya berdasarkan buku yang dibelinya beberapa hari yang lalu tetapi selepas memformat, fahmidapati komputer-nya selalu tiba-tiba “shut down” semasa sedang melakukan kerja atau menginstall apa-apa software. Fahmicuba memformat sekali lagi dan beberapa kali komputer “shut down” sendiri sebelum selesai.

Sampai sekarang keadaan masih serupa Tetapi komputer masih boleh on jika fahmi menutup semua supply dan on kembali selepas beberapa minit. Button “stand by”semasa ingin shut down juga tak aktif.

Jawapan:

Pada pendapat saya komputer yang telah diformat jarang berlaku masalah seperti ini. Komputer akan menjadi lebih baik dan lebih laju berbanding sebelum format. Saya memberikan sedikit pandangan kepadanya.

1. Mungkin disebabkan kepada power supply yang tidak berjalan dengan sempurna.
Cuba gantikan power supply yang baru.

2. Mungkin juga disebabkan oleh hard disk yang sudah rosak (corrupt).
Ketika format Windows jangan gunakan Quick Format bagi memastikan
bad sector dapat dikesan.

3. Mungkin juga disebabkan oleh processor yang sudah panas.
Bila terlampau panas, komputer tidak mampu menjalankan sebarang program dan kemudian akan shutdown dengan sendiri.
-------------------------------------------------------------------------------
Mengatasi masalah komputer

Apabila didapati komputer anda tidak berfungsi, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut bagi mengenali punca masalah. Mengenalpasti masalah komputer mungkin berpunca dari:-


Kesilapan Sendiri.

Pengguna tanpa disedari, merupakan satu daripada punca berlakunya masalah yang dihadapi oleh komputer. Masalah yang disebabkan oleh pengguna sendiri termasuklah terlupa membuka suis atau memasukkan plug pada soket yang salah, meletak cakera dalam pemacu cakera yang salah, menekan kekunci (key) yang salah, kurang mahir dengan perisian (software), memberikan arahan yang salah (incorrect command), menggunakan perisian (software) yang telah rosak, dan beberapa perkara lain lagi.

Masalah biasa pencetak

Peralatan luaran seperti pencetak dan kabel juga boleh mendatangkan masalah kepada operasi komputer. Umpamanya air minuman yang tumpah ke atas cakera boleh menyebabkan komputer anda menghadapi masalah. Begitu juga pencetak yang kehabisan kertas juga mampu menyebabkan komputer tidak dapat mengeluarkan output yang dikehendaki.

Masalah biasa Monitor
Kesesuaian penggunaan monitor untuk sistem komputer yang tertentu adalah penting. Sekiranya anda menggunakan monitor pada komputer yang tidak serasi, maka monitor anda tidak dapat membuat paparan dengan sempurna. Jika monitor anda tidak memaparkan warna yang sepatutnya atau skrin menjadi lebih besar dari keadaan biasa, sila periksa samada komputer anda telah dipasangkan dengan driver yang sesuai bagi monitor anda.

Masalah biasa hard disk
Peralatan dalaman seperti cakera keras (hard disk) juga boleh menjadi punca kerosakan komputer. Jika cakera anda mengalami kerosakan sektor (bad sector) misalnya, ia boleh menyebabkan program komputer tidak dapat dijalankan dan ini akan menyebabkan keseluruhan sistem komputer tidak dapat digunakan.

Sekiranya perkara-perkara yang disebutkan di atas bukan menjadi punca kerosakan, barulah boleh membuat kepastian atau kesimpulan bahawa yang rosak ialah komputer itu sendiri. Kerosakan mungkin berpunca dari litar bersepadu (chip/IC). Dengan mengetahui Litar bersepadu manakah yang rosak barulah boleh dibaiki komputer dengan menggunakan peralatan khas.


Jika ada pendapat yang lain boleh berkongsi bersama :)



0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More