Wednesday, 11 May 2011

Kehilangan Fail Dalam Pendrive

Autorun.inf adalah satu penyebab mengapa fail dalam pendrive tidak boleh dicapai dengan mengunakan cara yang biasa. Kebiasaannya komputer yang mempunyai antivirus yang hebat akan menyekat autorun.inf untuk berfungsi dan dengan secara am-nya segala fail di dalam pendrive tidak boleh dicapai. Terdapat banyak cara untuk menyelesaikan masalah di atas, di antara nya dengan mengunakan save mode sebagai medium pencapaian data dan dalam masa yang sama pengguna boleh memadamkan autorun.inf tersebut (berdasarkan pengalaman).

Langkah-langkahnya :-


  1. Restart komputer.

  2. Tekan kekunci F8 sebelum Boot window di paparkan.

  3. Setelah itu banyak menu yang akan di paparkan, sila pilih SAVE MODE sahaja dan ENTER.

  4. tunggu seketika waktu sehingga ia selesai boot.

  5. Sekarang anda berada pada paparan save mode, sila Explore pendrive anda dan cari autorun.inf dan delete sahaja fail tersebut.

  6. Selesai masalah

P/s : jika kaedah diatas tidak dapat membantu sila comment, atau jika anda ada teknik yang lain sila berkongsi bersama saya.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More