Wednesday, 29 February 2012

BOX UNTUK ANDROID

Nampaknya, jikalau sebelum ini kita hanya melihat perang dikalangan pembangun pelayar web dan sebagainya, kini pada tahun ini, ia dimulakan dengan persaingan dari segi storan dan perkomputeran awan. Dengan Microsoft yang mula mempromosikan SkyDrive secara drastik melalui Windows 8, dan Google yang diperkatakan akan memperkenalkan Google Drive, kini Box.net memberikan ruangan storan tambahan secara percuma untuk pengguna mereka.

Bermula daripada hari ini, Box.net memberikan ruangan tambahan sehingga 50GB secara percuma apabila para pengguna mendaftar akaun atau log masuk ke akaun mereka melalui aplikasi Android yang disediakan. Perkara ini bakal menguntungkan pengguna yang menggunakan Box.net dan mempunyai peranti Android, memandangkan sebelum ini, ia hanya menawarkan sebanyak 5GB secara percuma.

Pada masa yang sama, pengguna juga boleh memuat-naik dokumen bersaiz setiap satu sehingga 100MB pada mereka, samada gambar, fail, dan sebagainya, serta mengakses melalui aplikasi Android mereka dimana sahaja mereka berada.

Jadi, sekiranya anda merupakan pengguna Box.net, dan ingin mendapatkan ruangan storan tambahan percuma sehingga 50GB, mungkin boleh dapatkannya hari ini, dengan memuat-turun aplikasi Android percuma daripada Android Market.

SUMBER : http://amanz.my

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More