Peringatan semasa ingin berhenti menggunakan komputer.
Pastikan anda menghentikan komputer anda secara betul. Jika anda menggunakan sistem pengendalian DOS/ Keluarga Windows(98/2000/XP/VISTA/7) dari Microsoft anda dinasihatkan semua fail-fail yang dikemaskini di simpan secara kekal. Pastikan anda keluar dari windows dahulu sebelum menutup suis komputer. Ini menghindarkan dari berlaku peristiwa komputer kehilangan rekod dimana fail-fail disimpan kerana komputer dihentikan sebelum komputer anda dapat menyimpan maklumat-maklumat fail yang ditukar atau yang baru.
Sebelum membuka suis komputer pastikan tiada disket cekera liut pada pemacu disket melainkan sememangnya anda ingin memulakan komputer menggunakan arahan dari disket berkenaan. Peringatan ini perlu kerana kebanyak virus jenis boot yang mungkin telah bertapak pada disket akan masuk ke komputer dan menjangkiti sektor boot dicekera keras pula. Jika terpaksa menutup komputer secara tiba-tiba kerana menjadi tidak bergerak ('hang') maka pastikan anda membiarkan ia dalam suasana off kira-kira 1 minute atau paling kurang 10 saat supaya segala daya ingatan pada komputer itu sudah hilang ('demagnetised'). Ia juga memastikan cekera keras berhenti berpusing sebelum memulakanya semua supaya ia tidak cepat rosak.
0 comments:
Post a Comment