Sunday, 19 February 2012

Teknologi AMD

Selain daripada Intel, syarikat pembangun cip pemprosesan terkemuka dunia adalah AMD yang banyak dioptimasikan kuasa pemprosesan kedua-dua CPU dan juga GPU padanya. Dan kini, perancangan AMD untuk tahun 2012 sehingga awal 2013 mula diperlihatkan, menunjukkan apakah yang bakal mereka bawakan dalam industri perkomputeran dunia.

Daripada keluarga yang diperlihatkan, Brazos 2.0 akan menjadi terawal yang dilancarkan, membawakan APU dengan sasaran pengguna desktop dan notebook biasa. Brazos 2.0 juga turut diperkatakan akan membawakan prestasi pemprosesan dan grafik yang tinggi, disamping menggunakan tenaga yang rendah, memberikan masa beroperasi menggunakan bateri yang lebih lama.

Trinity pula akan menyusul selepas itu, memfokuskan kepada keluarga notebook dengan kuasa rendah (ultra-low power), dan mensasarkan komputer riba bersaiz nipis (ultrabook). Mungkin juga kita akan dapat melihat pelbagai komputer riba bersaiz nipis dengan menggunakan cip pemprosesan AMD berada di pasaran dalam masa beberapa bulan lagi.

Selepas Brazos 2.0 dan juga Trinity, Hondo bakal muncul, dengan pada masa yang sama turut bakal memasuki pasaran, dan diikuti beberapa kemaskini keluarga lain sepanjang 2013. Pada masa yang sama, ianya sesuatu yang menarik melihat AMD memberikan perhatian kepada perkomputeran mudah-alih, terutamanya tablet.

Daripadanya, dapat dilihat yang mana AMD turut sama memfokuskan kepada perkomputeran dengan penggunaan tenaga rendah, yang mana mula mendapat perhatian akhir-akhir ini. Sepanjang tahun juga, mereka turut sama akan bergerak membangunkan secara berperingkat untuk menggunakan pemprosesan 28nm pada APU dan GPU mereka.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More