Persekitaran Menempatkan Komputer
Pastikan komputer diletakkan didalam bilik yang mempunyai pengedaran udara yang baik dan tidak terlalu panas. Bilik yang mempunyai pendingin udara adalah digalakkan tetapi bukan satu kemestian. Komputer boleh beroperasi dalam suhu antara 10 darjah Celsius ke 40 darjah Celsius. Terdapat juga komponen-komponen komputer yang mempunyai kipas sendiri seperti pemposes utama dan pembekal kuasa. Pengedaran udara yang baik sangat penting kerana haba dari komputer perlu beredar dan bercampur dengan udara lain supaya kepanasannya berkurangan. Komputer-komputer perlu ditempatkan ditempat yang tidak begitu sesak yang memungkinkan ia dilanggar atau terhentak. Ini kerana kebanyakkan komponen komputer adalah mudah pecah atau rosak jika terkena hentakan. Habuk juga boleh mengganggu operasi komputer terutama komponen seperti tetikus, papan kekunci dan juga papan induk komputer itu sendiri dimana habuk mungkin bertindak sebagai konduktor untuk mengalirkan aliran elektrik ke sirkit yang salah dan menyebabkan operasi komputer menjadi bercelaru. Jika komputer didtempatkan di kawasan dimana terdapat gangguan kuasa elektrik seperti voltan bekalan terlebih atau terkurang maka anda perlu menghubungkan komputer dengan alat penstabil voltan. Bagi komputer jenis pelayan yang mana ia digunakan memproses transaksi kemaskini yang banyak maka sebuah alat pembekal kuasa tanpa henti ('uninterruptable power supply (UPS)' adalah diperlukan. Perkakas ini memasti ia dapat beroperasi sehingga bersedia untuk diberhentikan walaupun semasa terputus bekalan elektrik.
Bagi menjaga kesihatan pengguna komputer adalah penting perabot yang digunakan adalah ergonomik. Layar paparan perlulah pada paras mata supaya tidak perlu mendongak untuk membaca paparan. Papan kekunci seeloknya pada paras siku dan sebahagian tapak tangan dapat diletakkan keatas meja papan kekunci atau meja supaya mengelak dari kepenatan atau kecederaan.
0 comments:
Post a Comment