Dengan pelbagai aplikasi web yang menggunakan pendaftaran melalui akaun sedia ada, seperti Facebook, Twitter, Google dan sebagainya, ia mungkin agak sukar untuk anda mengetahui apakah aplikasi-aplikasi yang telah diberikan akses oleh anda. Untuk memudahkan anda mengakses semua tetapan profil anda, sebuah laman khas, MyPermissions disediakan, yang menyediakan pautan kepada semua halaman tetapan akaun anda.
Antara akaun-akaun yang popular digunakan biasanya adalah termasuk Facebook, Twitter dan juga Google, selain pelbagai akaun lain. Melalui halaman tersebut, ia menyediakan pautan terus kehalaman tetapan penggunaan aplikasi pihak ketiga, sekaligus memudahkan anda mengawal tahap privasi anda dengan mudah.
Dengan mengakses halaman tetapan pada setiap akaun anda, anda boleh mengawal setiap aplikasi yang mengakses info-info anda, sekaligus menjadikan tahap privasi anda atas talian lebih terkawal.
Jadi, bagi anda yang sering mendaftar menggunakan Facebook Connect, oAuth dan sebagainya, mungkin anda boleh mengemaskini profil anda, terutamanya untuk akaun Google, Facebook dan juga Twitter.
informasi daripada : http://amanz.my
0 comments:
Post a Comment