Monday, 5 March 2012

KELUARGA BARU INTEL

Intel merupakan salah satu pengeluar cip pemprosesan terkemuka di dunia, dan kini dalam perancangan untuk memperkenalkan cip pemprosesan berasaskan 22-nanometer pada penghujung April kelak, yang mana berasaskan platform Ivy Bridge, dan membawakan spesifikasi tinggi untuk Core i5 dan juga i7.

Secara kasarnya, Intel turut memfokuskan kepada komputer riba berbentuk ultrabook, disamping kepada pengguna desktop dan komputer riba biasa. Ultrabook telah menjadi salah satu trend baru, dimana pengeluar mula memfokuskan kepada pengeluaran komputer riba yang nipis, dan mempunyai jangka masa tahan bateri yang lama berbanding komputer riba biasa. Intel sendiri telah mendaftarkan hak cipta penggunaan nama Ultrabook, menjadikan pengeluar seperti AMD tidak boleh menggunakan nama tersebut.

Melalui senarai cip pemprosesan yang diperlihatkan melalui sebuah dokumen yang tersebar di internet, beberapa cip pemprosesan baru berasaskan Ivy Brigde disenaraikan, termasuk i5-3330, i5-3330S, i5-3470, i5-3475S, i5-3570S. Mungkin kita akan dapat melihat pengumuman daripada pihak Intel berkaitan dengannya dalam masa beberapa minggu lagi.

sumber : http://amanz.my

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More