Saturday 23 July 2011

SAPS -ONLINE

http://saps.moe.gov.my/index.php

Taklimat SAPS-Online
Bergerak selangkah lagi apabila kemodenan ICT menjadi tunggak keberkesan dengan mengubah sistem sekolah daripada sistem kemasukan offline kepada Online. Jika dahulu sistem penghantaran dan pengumpulan data di PPD namun kini guru-guru data seluruh malaysia hanya perlu duduk di Rumah @ di Meja Guru bagi memhantar data.
  1. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
  2. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
  3. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.
  4. Sekurang-kurangnya karenah meminta data berkaitan peperiksaan ke sekolah akan dapat diminimakan. SAPS juga boleh dijadikan ”Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take Of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result).
  5. SAPS boleh dicapai melalui Portal NKRA seperti berikut:

Cara pengunaan Sistem sila klik disini "SAPS-ONLINE"

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More